Tuesday, November 6, 2012

Mencuba dan Mencuba

Sebenarnya sepanjang aku bergelar isteri ni macam2 dah aku cuba, hampir atau lebih 20K dah aku habiskan untuk dapatkan zuriat. Malam2 sebelum tidur menangis (tapi lepas husband tidur la), luahan hati kat diari, menangis setiap kali balik kg sendiri n mentua. Macam2 lah tapi bak kata org baru 3 tahun tapi azabnya huhuhhuhuu.

Hingga lah satu hari aku dapat berita member aku yang dah kawin hampir nak masuk 3 thn, pregnant. Apalagi aku panjat lif jumpa dia face to face lepas wat appointment lunch hour hari jumaat hehehe.Utk dapatkan tips aku sogokkan jambu potong RM2 sekali dgn serbuk masin2 hehehe. Borak2 punya borak, dia kata asal usulnya dia dah wat operation buang cyst ke apa ntah lupa aku n last atas nasihat member rapat, dia p berurut kat satu makcik puchong ni. masa 2nd time p berurut makcik tu cakap, baby dia dah lekat. Wap2 keterujaan aku meluap2, terus dapatkan detail kedudukan umah makcik n phone no, tapi maslahnya alamat makcik tu dia tak tau, hanya ingat kedudukan rumah sahaja. Ok lah tu aku kan ada Mr Papago, taip saja check point yang ada, sampai nanti pandai2 lah carik.

Lastly my parent pun ikut sekali g umah makcik tu lepas appointment dgn En BB jadi driver. En BB aku ni jenis cepat bosan kalau cari sesuatu yang bukan keinginan dia tapi tak jumpa2 selepas lama dok cari. Aku lak cepat panas, soh dia turun, tukar tempat dgn aku, sebelah tangan call member, seblah tangan pegang stereng...semangat mendapatkan zuriat mengalahkan segala-galanya. Akhirnya lepas 15 minit aku drive, kitaorg sampai umah makcik tu.

Makcik ni asal Kelantan+Siam, dah lama duk puchong n kerjanya adalah mengurut. Pesan sblm jumpa kena baru sangat2 lepas period. Sebabnya lepas baru habis period, kita orang pompuan kan masuk fasa "subur". dan bila dah urut kasi dalam cantik, memang sangat cantiklah utk fasa "subur" tersebut. ada 2 jenis yang member aku tadi cerita sama ada urut peranakan saja @ satu badan..herrrmmm alang2 dah berurut baik satu badan terus, dah la lama n susah cari umah dia ni, baik gunakan sepenuhnya. Mak aku masuk bilik urut teman kan aku...memang seiring dan sejalan la sebab masa loghat ngn mak aku, lagi lah wat suasana tu lagi kamcing hehehe.

Makcik tu cakap, aku punya dalam cantik, tak ada sebarang masalah atau apa2 pun. sebab ada patient sebelum ni makcik tu kesan ada ketumbuhan dalm rahim n memang tepat lepas wanita tu jumpa doktor n beberapa kali berurut doktor kata ketumbuhan tu dah hilang sebab makcik tu dah hancurkan sikit2 masa urut. Dari penceritaan makcik ni, dia memang sentiasa penuh appointment dari pelbagai peringkat umur, taraf hidup (VIP pun penah@datin2), bangsa dan agama hehe. dan berbekalkan hasil mengurut ni jugak lah dia & suami dia mampu mengerjakan haji 2 tahun lepas. Rezki di mana-mana pun ada asalkan kita usaha n tawakal.

Banyak juga yang dia kata berjaya termasuk member aku tadi kali kedua dah lekat. Makcik cakap ada yang tak terbuka je dalam peranakan aku ni. orang kata lepas berurut ni badan rasa fresh n ringan tapi aku sakit badan lak lepas sejam berurut. masa dia tekan kat perut tu huh memang terasa sangat. Makcik ni urut guna ayat al-Quran n sebut nama kita sekali masa urut.

Lepas tu dia bagi aku bertih padi supaya minum sekali air kelapa muda 2 - 3 kali. kena minum sama-sama dengan suami n kena banyak2 berusaha hehe.

Kali pertama berurut kami gagal, mungkin kami suami isteri sangat2 sibuk dengan kerjaya masing-masing sampai kerja bawa ke rumah dengan aku lak selalu out station. so lepas sebulan aku g berurut lagi. makcik cakap "ni dah cantik ni, ni mesti kurang usaha ni, kalau nak anak kena berusaha banyak2 sikit" hehehhe, malu jugak aku hehehee.

Lepas tu la bila dah masuk bulan puasa, dah dapat lak aku nak p teruskan berurut. Sibuk dengan adik pulang bercuti dari oversea n macam2 aktiviti sampailah suami dok perasan aku period tak datang2. patutnya aku akan cuti berpuasa minggu pertama n mungkin minggu akhir kena sekali lagi.... tapi aku berjaya melepasi 3 minggu bulan ramadhan dengan berpuasa. aku dah rasa bangga n selamat dah sebab nanti lepas raya tak yah ganti hahahhahahhaaha..teruknya...

Mungkin juga berkat doa kedua ibubapa aku n mentua serta usaha urutan makcik canggih tu lepas 2 kali berurut aku n suami berjaya. Hadiah Ramadhan di Aidilfitri hehehe. Alhamdulillah...


* jika ada yang nak cuba bagitau, kot2 boleh rokomen kan korang dengan makcik tu. Tapi yang pasti lebih kisah kejayaan aku ni, ramai member2 dari macam2 aras dok datang minta no makcik tu, nak cuba. Makcik tu mesti tak menang tangan lepas tu hehheehhe

No comments:

Post a Comment