Kekadang selalu gak aku lambat period, masa yg doktor ipoh cakap ada cyst sebesar telur tu awal2 kawin dulu, 3 bulan tak datang..sedih gak sebab bukan ngandung waktu tu huhuhu. Tiap kali aku lewat period En BB lah yang selalu ingatkan "asal waktu tak period lagi ek" setiap aku aku lewat 1 minggu period, tapi tak de pun, period saje main2....
Hinggalah selepas kira2 3 bulan lepas kami sambut 3rd anniversary Husband&Wife. Masuk je opis rasa malas sangat sedangkan aku rasa aku antara pekerja paling rajin (wuawauwua perasan ni perasan), rasa dok kira jam nak balik umah. Rasa macam loya nak muntah, bila p bilik air tak kuar apa-apa pun. actually perasaan ni memang penah aku rasa. Tapi kali ni lain skit, blih masa dlm meeting, aku rasa nak hentak kepala ni kat meja n dinding blkg sebab rasa loya tp tak kuar nih. Kira2 3 minggu gak lah keadaan ni. Pernah tu aku rasa tak tahan, masuk je toilet, aku ketuk kepala dengan tangan supaya angin ke muntah ke keluar. mcm tu lah tiap kali masuk toilet opis.
Bila pagi2 nak gosok gigi lak aku tak lalu nak pakai ubat gigi sensodyne En BB, sampai aku kena korek almari cari colgate, blih jalan lah skit. erm bila masuk tidur je En BB dok cakap lagi "asal lambat awak period ni".. En BB ni cukup concern betul dengan jadual period aku hehe sayang dia. Bila acap kali dia dok sebut n dah masuk 3 minggu lewat apalagi, aku pun merancang sesuatu.
Hari jumaat 10 Ogos 2012, aku minta balik opis awal, macam badan malas2 tak larat, hajat hati sebenarnya nak cari minyak pelincir petronas syntium (nak kete servis wira kesayangan dah nak balik raya jauh ni) kat bangi sebab minyak ni time2 nak raya, dia bagi free hadiah. So aku dah aim 1 kedai ni n dia memang sederet ngn farmasi..cantik punya rancangan. Lepas dapat minyak n hadiah, aku terus singgah farmasi, beli UPT paling murah supaya tak rugi klu failed test (dah banyak kali cuba dlm 3 tahun ni tapi asyik failed je sampai dah give up hehehe).
Sampai umah, En BB tengah sibuk "work from home" dia kat bilik studi, so aku teruskan masuk bilik. Secara senyap2 n sembunyi2 aku masuk toilet wat UPT..ermm nak tunggu result ni yang malas. aku pun sambil2 tu, dok main air sinki. TUP..TUP..bila lepas line pertama laju je dia jalan langgar line kedua, terang tak bersuluh dua2 line naik. aku terkedu blih percaya ke UPT RM5 ni..tapi dalam hati "yang Tuhan saja yang tahu perasaanku...... (sambung nyanyi sendiri ye)". aku terus bawa plastik n UPT tu letak atas meja sebelah laptop En BB yang tengah khusyuk bekerja.
Dia terus blur, dok belek2 UPT tu, tak tahu apa nak wat ngn mende tu, siap lih cakap "apa ni", "utk apa", "tak fahamlah"...hish aku ingatkan lepas 3 thn menanti ni nak wat la surprise (tips member yang dah beranak, "bagi UPT kah husband"). hurrrrmmmm aku lak yg kena explain ni, aku tak cakap banyak just tunjuk tang contoh2 result UPT (pregnant @ tak) kat cover plastik UPT. Lama gak la aku tunggu dia dok membaca, dok blaja alat tu. TUP..TUP.. "Yang! Alhamdulillah! Awak pregnant ye...Kat mana awak nak bersalin nanti ni ye" hahahhahahah bersemangat dia bangun terus tinggal laptop duduk depan TV sekali ngn aku. Itulah saat paling gembira dalam hidup aku sebagai seorang isteri apabila dapat menggembirakan suami dengan zuriat tersebut. Alhamdulillah...
Dia dah 100% percaya dgn UPT RM5 tapi aku was-was, so malam tu kami g guardian beli UPT mahal yang 99.99% boleh dipercayai, kotak warna pink. Dan memang sah dua2 naik. Pepagi sabtu tu, En BB bangun awal kejutkan aku, nak p cari klinik utk wat ultrasound anak dia hehehe..best2 giler meniti saat-saat ni...Dah aku g KPMC, doktor scan dah nampak jantung n SAH AKU HAMIL 7 MINGGU!!!!!!!!!
Masuk je kereta parent aku n parent mentua, En BB call siap2 bagitau dia bakal jadi Papa Mac 2013 nanti. Apalagi berguguran air mata kami suami istri n mak bapak masing2 huhuhuhu....saat indah yang pilu. Alhamdulillah syukur atas nikmatMu yang tak terhingga ni, memberi kami zuriat yang paling ditunggu. Alhamdulillah!!!!!
No comments:
Post a Comment