Wednesday, October 31, 2012

Saat Berdua

Menunggu lama hingga 3 tahun amat memenatkan walaupun bagi sesetengah orang itulah tempoh honeymoon yang patut dimanfaatkan sebelum bergelar ibu dan bapa. Tapi tidak kurang juga tekanan perasaan yang sangat2 mencengkam sama ada di sebelah keluarga sendiri mahupun keluarga mentua. Sampai satu tahap, aku rela melepak dalam rumah setiap hujung minggu, family gathering aku cuba elakkan walaupun en BB asyik bising2.

Dari ipoh aku ke Selangor mengikut suami. Di ipoh aku ke gyne swasta n kerajaan n at same time, aku p berurut tapi semuanya cakap cantik dalaman aku. Awal2 je gyne swasta cakap aku ada cyst baik sebesar telur ayam n minta aku tunggu sama ada dia akan hilang atau makin membesar. Alhamdulillah sebulan lepas tu dia hilang. Tapi aku still tak ngandung walaupun Dr kata aku sihat n anytime blih mengandung. P yang kerajaan lak dia suspek aku ada PCOS, tapi tak pasti. Ikut kata2 nya tanda2 PCOS tu ada pada aku. Sedih la plak, tambah2 dikelilingi rakan2 yang subur hahahhahahhahhaa. Kehidupan di Ipoh agak tenang namun tertekan dek kekurangan diri dengan suami yang jauh (tapi kat KL je pun, jumpa ketika masing-masing tiada komitmen lain di hujung minggu).

4 kali apply tukar ke KL asyik kena tolak je dek bos aku, sampai geng2 pentadbiran cakap aku anak emas bos, tu yang bos sayang nak lepas, walaupun Big bos lepas huhu, siap diorang tunjuk lagi komen bos aku. bangga jap tapi sedih tiada insan bernama suami di sebelah bila aku sedih n tertekan dengan nasib diri. Tiap kali lepas mintak, aku akan naik HQ merayu2 untuk dipindahkan dengan alasan dok jauh tak dapat anak. Sampai satu tahap, pegawai tu lih cakap "Eh ko ni, selagi aku tak pindahkan ko selagi tu la ko datang mengacau" hehe. Tapi tak pe pegawai tu sangat membantu n sekarang ni pun kami rapat.

Tiap kali g makan ngn kawan2 Ipoh, topik utama yang dibicarakan adalah anak-anak atau pregnancy...huh stress2..last2 aku tapau je makan kat pantry lagi tenteram. walaupun persoalan anak ni sering diutarakan pada aku, aku berjaya menangkis mungkin kerana sifat ku yang gila2 ceria ni hehehehe.yang sedihnya balik umah nangis hehee.

Bila aku n en BB jumpa, kerja kami p meronda negeri Perak n mana-mana tempat yang kami belum sampai. Bersemangat sampai call pakcik yang naikkan ikan kat Tapi lama2 dok nunggu nak pindah, letih. lastly simpan duit skit plus KWSP, kami beli rumah kat kajang..Alhamdulillah 1 Januari 2011, kami masuk rumah baru (beli yang 2nd pn dah dekat 300K tapi takpe dapat corner lot tu yang penting). Tup2 seminggu lepas tu masa tengah cuti, aku dapat berita yang aku dapat pindah, Alhamdulillah rezki berganda tahun 2011. Ni lah dinamakan  rezki.

No comments:

Post a Comment