Wednesday, October 31, 2012

Aku dan PCOS

Bila di hospital gomen Ipoh diorang cakap suspek je. So lepas dapat pindah KL, aku p Damai Hospital atas saranan bos En BB. Memang yakin boleh berjaya la sebab bos En BB dah enam tahun kawin, akhirnya dapat baby lepas wife dia wat operation buang PCOS. Bila jumpa Dr, lepas dia check, terus dia cakap "awak ni memang ada PCOS. Takde cara lain kecuali buat pembedahan RM6000 sekali buat. Prosesnya kejap je"...Waaaa mahlul nya. kami kata kami nak fikir dulu, kalau jadi kami datang balik. Dok bincang2 dengan En BB sambil sarapan belakang hospital. Kami hanyalah pasangan berekonomi sederhana, takat nak p check saja2 tu boleh la kat hopital tu. Tapi bab kata RM6000 mana nak korek. Terasa je nak wat loan hahaha, sebab nak zuriat punya pasal. Takpe la kami abaikan dulu. Kami teruskan rawatan untuk En BB kat situ, harga OK, result makmal dapat cepat, siap emel lagi, memang bagus la service hospital mahal ni. Lepas 4-5 kali pergi, kami stop, dah la jauh, sebab nak kena ikut Papago :).

So dalam berusaha ni banyak la gak klinik n hospital yang kami pergi, An-Nur Bangi, KPJ Kajang n Klinik Pakar OnG Kajang. Letih sampai aku ni, sebab tiap kali jumpa Dr, asyik rasa kecewa je. Aku pun rasa macam dah give-up. Asyik kena makan ubat je, asid folik lah, ubat perancang la huh, dah la aku ni spesis malas menelan. Last2 aku wat bodo.

Persekitaran tempat kerja baru ni agak sibuk, tak sempat pun kadang2 nak lepak cerita pasal anak la, preganancy la. Bila makan sama2, cerita pasal kerja. Tambah2 aku dapat geng sama batch yang daftar masuk, 4 orang termasuk aku. 3 belum berbaby cuma sorang tu je yang subur lebih, dah 2, kawin je terus dapat baby. So apabila hidup di kalangan kawan2 macam ni, stress hilang, aku sangat bahagia tambah2 En BB sentiasa ada di sisi bila aku perlukannya.

Cuma stress bila pulang umah mentua..suruh cuba ni la cuba tu la. sedangkan aku ni dah berhabis banyak duit untuk dapatkan zuriat. aku dah cuba macam2 tapi mungkin belum rezki. Biodex dah beribu-ribu aku habis, set utk aku la, utk suami la. Tapi tak jalan.

Mujur sangat2 aku dikurniakan sang suami yang sangat memahami, sentiasa ada ketika aku nak luahkan sesuatu. Syukur alhamdulillah, dia jodohku. Tapi walau macamana pun, aku sentiasa rasakan semua ni sebab aku. Apa lagi berbekalkan unifi, tiap kali balik keje, cara nak hamil la aku dok baca, berforum-forum dah kubaca.Sehinggalah aku berusaha, menunggu, berusaha dan menunggu.......

Saat Berdua

Menunggu lama hingga 3 tahun amat memenatkan walaupun bagi sesetengah orang itulah tempoh honeymoon yang patut dimanfaatkan sebelum bergelar ibu dan bapa. Tapi tidak kurang juga tekanan perasaan yang sangat2 mencengkam sama ada di sebelah keluarga sendiri mahupun keluarga mentua. Sampai satu tahap, aku rela melepak dalam rumah setiap hujung minggu, family gathering aku cuba elakkan walaupun en BB asyik bising2.

Dari ipoh aku ke Selangor mengikut suami. Di ipoh aku ke gyne swasta n kerajaan n at same time, aku p berurut tapi semuanya cakap cantik dalaman aku. Awal2 je gyne swasta cakap aku ada cyst baik sebesar telur ayam n minta aku tunggu sama ada dia akan hilang atau makin membesar. Alhamdulillah sebulan lepas tu dia hilang. Tapi aku still tak ngandung walaupun Dr kata aku sihat n anytime blih mengandung. P yang kerajaan lak dia suspek aku ada PCOS, tapi tak pasti. Ikut kata2 nya tanda2 PCOS tu ada pada aku. Sedih la plak, tambah2 dikelilingi rakan2 yang subur hahahhahahhahhaa. Kehidupan di Ipoh agak tenang namun tertekan dek kekurangan diri dengan suami yang jauh (tapi kat KL je pun, jumpa ketika masing-masing tiada komitmen lain di hujung minggu).

4 kali apply tukar ke KL asyik kena tolak je dek bos aku, sampai geng2 pentadbiran cakap aku anak emas bos, tu yang bos sayang nak lepas, walaupun Big bos lepas huhu, siap diorang tunjuk lagi komen bos aku. bangga jap tapi sedih tiada insan bernama suami di sebelah bila aku sedih n tertekan dengan nasib diri. Tiap kali lepas mintak, aku akan naik HQ merayu2 untuk dipindahkan dengan alasan dok jauh tak dapat anak. Sampai satu tahap, pegawai tu lih cakap "Eh ko ni, selagi aku tak pindahkan ko selagi tu la ko datang mengacau" hehe. Tapi tak pe pegawai tu sangat membantu n sekarang ni pun kami rapat.

Tiap kali g makan ngn kawan2 Ipoh, topik utama yang dibicarakan adalah anak-anak atau pregnancy...huh stress2..last2 aku tapau je makan kat pantry lagi tenteram. walaupun persoalan anak ni sering diutarakan pada aku, aku berjaya menangkis mungkin kerana sifat ku yang gila2 ceria ni hehehehe.yang sedihnya balik umah nangis hehee.

Bila aku n en BB jumpa, kerja kami p meronda negeri Perak n mana-mana tempat yang kami belum sampai. Bersemangat sampai call pakcik yang naikkan ikan kat Tapi lama2 dok nunggu nak pindah, letih. lastly simpan duit skit plus KWSP, kami beli rumah kat kajang..Alhamdulillah 1 Januari 2011, kami masuk rumah baru (beli yang 2nd pn dah dekat 300K tapi takpe dapat corner lot tu yang penting). Tup2 seminggu lepas tu masa tengah cuti, aku dapat berita yang aku dapat pindah, Alhamdulillah rezki berganda tahun 2011. Ni lah dinamakan  rezki.