Alhamdulillah sampai juga aku ke minggu ke 28 ni. semua berjalan lancar, aku masih belum mengalami simptom-simpton berikut : keletihan melampau, kejang kaki, kaki bengkak, rekahan perut. cuma nafas pendek kalau banyak jalan@naik tangga umah yang pendek ni. Keadaan aku masih normal, boleh pakai baju kurung dan perut tak terlalu menampakkan diri kecuali dok tenung perut aku lama-lama hahaha. 2 bulan lepas aku dah ajak En BB g Nilai 3, nak cari cermin besar senang nak tengok perubahan fizikal aku tang perut. memang seronok gila cermin ni tinggi n lebar, tapi murah giler RM50 je, tu pun beli time weekday, klau tak, tak merasa le rega tu.
Bila masuk opis atau jumpa sedara, aku cakap dah 7 bulan, semua terkezut, ye ke, siap tanya lagi tuh tak percaya. saiz aku normal, keupayaan aku normal. aku boleh lagi p sana sini, outstation, drive jauh, bila dengan En BB, aku suka gak drive, biar dia dok tepi n gilir2 klu dia ngantuk.
Aku masih tak brape nak lalu makan. Aku kekadang mengambil masa yang lama utk fikir apa yang aku nak makan. tak berselera langsung, aku baru naik 4 kg dari bulan pertama aku preggy. baju kurung tak yah cakap memang muat lagi cuma ketat skit tang perut. baju couple yang slalu pakai dengan En BB pun padan lagi.
En BB slalu ngusik bila la pusat aku ni nak terkeluar, cetek, cetek dah hahahahhaha. gerakan baby aku rasa lambat bulan ke-6. Ni pun tak sekata, kejap dia sibuk, kejap dia senyap. tapi yang aku perasan dia suka naik ke depan perut dan mengeras, maybe badan @ kepala dia, tambah2 time aku tengah sibuk ngumpat dia dengan En BB. Bila En BB panggil, dia wat donno, malas nak g layan ayah dia. Kalau ngn aku siap terasa tangan kaki nak teekeluar dari perut dah.
Tapi aku selalu rasa dia busy time aku dok rehat, tengok tv, lepak atas katil. Maybe waktu ni je yang sempat aku rasai dia, time lain sibuk wat keje kot. Sekarang ni aku masih amalkan makan obimin (kapsul warna merah yang klinik gomen bagi), kismis, kurma n anmum perisa coklat. tapi aku makin menggila minun air kotak perisa coklat saiz 1 liter. ntah la asal laa aku ni, soya macam tak best, coklat gak pilihan. Bimbang gak kulit baby ikut warna air yang aku suka minum @ kulit aku la tu huhu. Kalau ikut kulit En BB, memang chinese look terus la, putih ala merah2, cubit skit terus nampak. aku ni cubit berkali-kali sampai lebam pun stil tak nampak. So aku mangharapkan gen En BB. Tapi katanya anak laki tak pe kulit aku.
Yang paling lawak, sekarang ni baby suka tekan pundi kencing aku, tak lih tangguh jika terasa nak buang yang kecil atau yang besar. Ini kerana dibimbangi akan mengorbankan "ware bawah" jika aku lambat hehe (tapi sebenarnya dah banyak kali n stok barang aku tu dah makin menyusut hohoho). Kekadang baru je g toilet, g lagi. Mujur la cubicle aku ni tak jauh bebenar dari pintu belakang, senang skit nak berlari.
Sekarang ni kami dalam fasa membersihkan rumah ke arah persediaan menyambut zuriat yang sangat dinanti-nantikan selama 3 tahun ni. Ye la rumah dua tingkat corner lot, dok 2 orang tapi mak ooooiii macam duduk 10 orang. Berhabuk sana, berhabuk sini, bersepah sini, bersepah sana, rumput tinggi tang sana, rumput tinggi tang sini, kekadang tak tahu nak dahulukan ngemas bahagian mana. Jika mengemas pun tak tahan lama, tak sampai seminggu. Kalu nk nampak cantik kena tunggu ada pelawat, hah masa tu pulun gila babasss la kitaorng ngemas, bak kata En BB "rumah hipokrit"..macam macam.. tapi bila dah ada si kecil ni, kena la aku selalu ngemas umah, pastikan habuk2 tak bebas berkeliaran, sampah sarap tak melimpah ruah kat dapur, toilet tak berkarat, lantai jika dipijak tak tinggal kesan tapak kaki dll..Keras bekerja nampaknya kami mulai bulan ni sampai si kecil sampai (azam tahun baru kami).